Sagol dan Latok
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ini saya nak kongsikan lagi dengan anda semua tentang makanan tradisi yang terdapat di negeri sabah.
Hari ini saya nak kongsikan lagi dengan anda semua tentang makanan tradisi yang terdapat di negeri sabah.
![]() | ||||||
Sagol |
Sagol merupakan salah satu makanan tradisional di negeri Sabah.Ia merupakan makanan yang sangat popular dalam kalangan kaum bajau.Sagol merupakan makanan yang menggunakan isi ikan seperti ikan pari dan ikan yu.
Untuk membuat Sagol ini,ikan akan dibersihkan terlebih dahulu dan membuang lapisan kasar pada kulit ikan tersebut.Ikan tersebut akan dihancurkan dengan cara mencelur dan dicampur dengan kunyit.
Terdapat dua jenis sagol iaitu sagol kering dan sagol basah.Sagol kering ialah sagol yang tidak mempunyai kuah manakala sagol basah pula mempunyai kuah.Untuk menaikkan lagi rasa ikan tersebut akan dimasak menggunakan pati ikan.
![]() | ||
Latok |
Latok merupakan makanan tradisional bagi kaum bajau laut.Makanan ini terkenal dalam kalangan kaum bajau laut yang kebanyakkannya tinggal di pesisiran pantai daerah Semporna.
Latok ini merupakkan makanan dari jenis rumpai laut.Kebiasaannya latok ini akan dimakan bersama nasi dan ikan panggang seperti ikan yu.Bukan itu sahaja,latok ini juga boleh dimakan begitu sahaja dengan mencampurkan dengan perahan limau dan cili padi.
"Jom lah datang melawat sabah dan merasai sendiri keunikan makanan tradisional seperti sagol dan latok ini"
sedap..yummyy..hihi
ReplyDeletewah.. duduk jauh-jauh ni rasa nak balik Sabah ja.. rindu nak makan makanan Sabah..
ReplyDeleteIni makan letak cuka atau linau kasturi pun sedap sudahhhh🖒🖒🖒
ReplyDelete