Hinava dan Ambuyat

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya nak kongsikan beberapa jenis makanan tradisi yang terdapat di Sabah.Terdapat dua jenis makanan sabah yang saya nak kongsikan iaitu Hinava dan Sagu.



Hinava


    Hinava atau turut dikenali sebagai Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional bagi kaum Kadazan-Dusun di Sabah.Makanan ini sangat popular dikalangan kaum Kadazan-Dusun.Makanan ini juga merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut,cili merah,halia,bawang merah,limau kapas dan garam.Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai sushi).
      
    Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan tetapi biasanya isi ikan tengiri,namun begitu,isi ikan yu juga boleh digunakan malah sotong dan udang juga boleh digunakan untuk membuat Hinava ini.Hinava ini merupakan hidangan istimewa samasa perayaan pesta kaamatan.Selain itu,makanan ini turut disediakan  di majlis-majlis penting lain seperti majlis perkahwinan ,pertunangan dan sebagainya.





                                                                                  Sagu                                                                 
       Sagu merupakan makanan tradisional bagi kaum brunei dan bisaya di sabah.Sagu ini turut dikenali sebagai ambuyat dalam kalangan masyarakat.Sagu ini juga merupakan makanan di sarawak,Pulau labuan.Ambuyat ini berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam.Ambuyat diperbuat daripada pokok rumbia yang diproses menjadi sagu rumbia.Ambuyat ini juga adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji.
     
     Ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi.Ambuyat ini akan dimakan bersama dengan cicahan ambuyat samada ikan rebus,cicahan cili  padi dan bawang merah atau mengikut kesukaan masing-masing.Ambuyat ini sangat bagus untuk pembuangan toksin dalam badan.


Sekian sahaja entri saya untuk kali ini tentang dua jenis makanan tradisional sabah.Harapnya anda semua berminat untuk merasai keunikan  Hinava dan Ambuyat atau Sagu ini.

Comments

  1. makanan yang paling sedap bah ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Jom rasa makanan tradisional Sabah.. tak rugi.. sangat sedap

    ReplyDelete
  3. Macam sedap ja makanan pink purple tu,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sagol dan Latok

kuih pinjaram