Posts

kuih pinjaram

Image
Assalamulaikum dan salam sejahtera..      saya nak kongsikan lagi 1 menu tradisional dalam masyarakat di sabah pinjaram Pimjaram merupakan makanan tradisi bagi massyarakat sabah khususnya kaum bajau.Kuih ini juga dikenali sebagai penyaram.Kuih ini diperbuat dari tepung beras,tepung jagung,santan dan minyak.Kadang-kadang daun pandan juga turut digunakan untuk menambah bau wangi.Kuih ini akan digoreng.Kiih akan dihidangkan pada waktu perayaan atau majilis-majlis yang diadakan seperti majlis perkahwinan.Bukan itu sahaja,kuih ini turut dijual di pasar tamu .

Sagol dan Latok

Image
Assalamulaikum dan salam sejahtera semua..       Hari ini saya nak kongsikan lagi dengan anda semua tentang makanan tradisi yang terdapat di negeri sabah. Sagol                    Sagol merupakan salah satu makanan tradisional di negeri Sabah.Ia merupakan makanan yang sangat popular dalam kalangan kaum bajau.Sagol merupakan makanan yang menggunakan isi ikan seperti ikan pari dan ikan yu.       Untuk membuat Sagol ini,ikan akan dibersihkan terlebih dahulu dan membuang lapisan kasar pada kulit ikan tersebut.Ikan tersebut akan dihancurkan dengan cara mencelur dan dicampur dengan kunyit.          Terdapat dua jenis sagol iaitu sagol kering dan sagol basah.Sagol kering ialah sagol yang tidak mempunyai kuah manakala sagol basah pula mempunyai kuah.Untuk menaikkan lagi rasa ikan tersebut akan dimasak menggunakan pati ikan. ...

Hinava dan Ambuyat

Image
Assalamulaikum dan salam sejahtera.. Hari ini saya nak kongsikan beberapa jenis makanan tradisi yang terdapat di Sabah.Terdapat dua jenis makanan sabah yang saya nak kongsikan iaitu Hinava dan Sagu. Hinava     Hinava atau turut dikenali sebagai Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional bagi kaum Kadazan-Dusun di Sabah.Makanan ini sangat popular dikalangan kaum Kadazan-Dusun.Makanan ini juga merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut,cili merah,halia,bawang merah,limau kapas dan garam.Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai sushi).            Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan tetapi biasanya isi ikan tengiri,namun begitu,isi ikan yu juga boleh digunakan malah sotong dan udang juga boleh digunakan untuk mem...